Wednesday, 12 June 2013

Sayembara Menulis Novel Sains Angkasa DBP 2013/2014

Salam Tinta...

         PENCURI adalah satu perbuatan yang sangat buruk dan keji di sisi Islam dan dalam masyarakat.Menyebutnya saja kita tidak mahu apatah lagi menjadi seorang pencuri,wal`iyazubillah.Namun menjadi pencuri masa untuk melaksanakan kebaikan,saya kira tiada salahnya.Curilah sedikit masa rehat kita untuk beribadat melaksanakan perkara sunat,curilah sedikit masa senggang kita untuk menasihati kawan-kawan dan curilah sedikit masa tidur kita untuk menulis satu kebaikan.Malahan satu kebaikan yang kita lakukan Allah SWT akan balas dengan sepuluh kebaikan pula.Tidak mahukah kita?orang yang tidak pandai mengambil peluang ialah orang yang kurang cerdik.

       Oleh itu,apakata kita curi sedikit masa menulis cerita-cerita berunsur moral dan kebaikan melalui pertandingan.Jika disuruh menulis saja-saja kadang-kadang tidak terlaksana.Apabila menyertai pertandingan dan ada datelinenya pasti kita berusaha.Jom cabar diri kita dengan menyertai Sayembara Menulis Novel Sains DBP 2013/2014.

       Maklumat lanjut bolehlah lawat http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php


Ok,selamat berkarya...

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...